9/12/2011

Sebenarnya

Sebenarnya. Aku takut untuk mengingati apa yang telah terjadi di masa lepas.

Sebenarnya. Aku juga takut untuk memikirkan apa yang akan terjadi pada masa depan.

Sebenarnya. Itu tanda segala-galanya seperti tak menjadi dalam hidup aku. Atau, segala-galanya menjadi. Cuma aku saja yang tak berpuas hati. Seperti ada something yang hilang. Aku tidak tahu apa itu.

Mungkin juga ini namanya late 20's crisis?

Eh, ada wujud krisis macam tu? Ha Ha Ha.

Aku ketawa paksa.

8/29/2011

Iftar

Petang semalam, majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan lama dari sekolah menengah dulu. Kali pertama dapat dilaksanakan sejak tamat sekolah. Tak ramai yang datang. Mulanya, ada 20 orang juga yang kata confirm. Yang muncul, tujuh.

Melihat dan berbual dengan mereka, cukup membuat aku mahu patah balik ke zaman lampau. Waktu kami semua masih bersama. Waktu songkok lekat di kepala hampir enam jam sehari.

Kawan. Kamu juga ada palit warna dalam hidup aku.

Memori yang indah. Ada tawa dan hiba.


8/25/2011

Sopan

Seriusnya, apa itu sopan? Kau kenal apa itu sopan? 

Aku kenal apa itu sopan. Sopan pada bicara. Sopan pada gaya. Paling penting, sopan pada pemikiran. Semuanya mesti dijaga. Tapi itu cuma berlaku pada dunia tiga dimensi.

Selain itu, aku lebih kepada kurang ajar rasanya. Ha ha.

Kemudian, kau tengok aku sambil kerut dahi. Kerut dahi sampai mati.

Baiklah, sebenarnya aku mahu mengajak kau ke ruang yang lebih terbuka. Ke ruang yang lebih sahabat. 
Dan biasanya, sahabat-sahabat aku semua perangai 'kurang ajar'. 'Kurang ajar' yang buat aku gelak. Buat aku gembira. Buat aku senang. Walau pada orang lain, berasa jengkel rasanya.

8/20/2011

Puasa #20

Siang dan malam aku tampaknya menjadi songsang.

Aku semakin hari semakin bosan dengan sosial maya. Bila aku semakin bosan, maka semakin mengarutlah aku. Kadang-kadang mencarut. Tapi dalam keadaan mengarut itu sebenarnya aku cuba membawa suatu persoalan. Dari persoalan itu, akan terlihatlah jawapan atau ulasan yang mengarut, jawapan atau ulasan dari si pemberi balasan atau ulasan dalam setiap karutan yang dapat aku ketahui corak pemikiran mereka itu macam mana. ha ha ha.

Aku mahu bersahur.

8/18/2011

Puasa #18

Dah masuk 18 hari aku berpuasa. Belum ada yang bocor. Boleh tahan juga aku ni berpuasa. Biasanya tahun-tahun yang sudah, aku malas nak cerita lah.

Tapi tahan tak tahan, satu saja yang aku tunggu sekarang ni.

Hari raya.

Tak sabar betul dah ni. kehkehkeh.


8/16/2011

Puasa #16

Kurang bercakap.
Banyak berfikir.
Bijak? Tidak rasanya.

Kalau bijak, dah tentu aku jadi menteri sekarang ni. Paling koman pun, akaun bank aku ada enam angka.
Bijak ditentukan dengan pangkat? Dengan wang ringgit?
Rasanya, iya.

Jadi berfikir apa ini?

Ini bukan berfikir, ini berkhayal!! Atau paling teruk, berangan-angan. Hidup dengan angan-angan. Mati pun dengan angan-angan. Orang dah ke bulan, aku masih di bumi tak pernah dapat menyentuh awan. Aku selalu berangan benda yang tak logik. Misalnya, apa aku akan buat kalau aku jadi tuhan. Satu angan-angan yang agak serius.

Oh, iya. Aku seorang yang serius. Betul-betul punya serius.

Walau selalu buat-buat lawak. Kadang-kadang lawak itu bukan lah suatu yang lawak pun. Hanya untuk menyorok rasa serius.

Dan serius aku itu, selalunya kurang bercakap.

Esok, aku nak puasa dengan lebih serius.



8/15/2011

Puasa #15

Sudah sampai separuh kita berpuasa.

Aku kurang tidur sebenarnya.

Dalam sejarah penghidupan aku yang tidak lah seberapa menarik ini, ada dua kali aku langsung tak pejam mata dalam jangka masa 48 jam. Serius.

Pertama, ketika bergaduh dengan assignment di universiti dulu. Dua hari sebelum dateline sekaligus buat presentation, pc kawan aku jadi barai. Diserang iblis. Bila aku masukkan disket assignment konon-konon nak print, disket itu pun diserang iblis. Pap!! hilang semua dokumen 150 muka surat. Otak aku jadi kejang. Disket itu aku tenung dalam-dalam. Hati jadi hiba. Back up pun tiada. Yang ada, cuma dalam pc kawan aku tu sajalah. Itu pun tak boleh buka.

Waktu aku dulu, disket masih lebih popular daripada pendrive. Pendrive waktu tu adalah satu benda yang cuma dipakai oleh orang-orang berada saja dan nampak kool bila pendrive itu tergantung kat leher. Seingat aku, tiada seorang pun classmate aku yang pakai pendrive termasuklah aku pun. Semua pakai disket. Dua hari dua malam aku buat balik, selongkar segala sampah cari cebisan kertas nota yang aku tulis. Madapaka juga waktu tu.

Kedua, waktu aku bekerja. 48 jam tak lelap sebab bos tempat aku bekerja punya pasal. Di ofis, aku mengadap dia. Malam pun aku mengadap dia. Tempat aku bekerja tu dulu jauh di pedalaman. Jadi tempat tinggal disediakan. Sebuah basecamp. Macam asramalah kiranya. Tempat tinggal memang boleh cakap power lah. Bilik tidur ada ekon, mandi pun ada heater, astro full package, makan tinggal menyuap saja dalam mulut ada tukang masak dan tukang basuh pinggan, basuh baju pun orang yang basuh. Peh...heaven bukan? Satu saja yang jadi macam hell. Bos pun tinggal sekali dalam basecamp. Dan lagi buat hell, bos aku tu kaki minum. Kaki bir. Kaki arak. Malam dia minum, aku dan rakan sejawatan terpaksa layan dia bercerita sampai pagi. Bila dah pagi, kami terpaksa turun kerja, dia masuk tidur. Babi!. Jam 5 petang, batang hidung dia baru muncul datang ofis. Tiga bulan aku kerja, aku blah.

Okey, itu sajalah aku nak cerita dengan kau. Entah apa kaitan dengan puasa, aku tak tahu daaaa.

8/13/2011

Puasa #13

Hujan.

Aku tetap bangun dengan sendiri untuk bersahur. Tanpa di suruh mahu pun di paksa.
Sebab aku sudah terbiasa.

Hari ini hari yang baru. Tinggalkan semalam, yang lama.

Hujan masih belum reda.

8/11/2011

Puasa #11

Selagi kau tahu untuk bersyukur.
Dan berterima kasih.

Kau masih kira okey untuk jadi manusia.

Cuma, harap-harap aku tak sengkek menjelang raya nanti.

Heh!

Puasa #10

Aku duduk depan tv. Tangan tekan-tekan remote tv. Cenel itu cenel ini. Semua cenel cerita yahudi.

Cium dahi.
Cium mulut.
Cium leher.

tuuuuuutttttt...........

Di atas katil. Lelaki hisap rokok. Perempuan dalam selimut.

Puasa aku jadi barai.


8/07/2011

Puasa #6

Aku buka mata, mentari sudah menyimbah. Aku terlepas bersahur siang tadi. Akhirnya aku tidur satu hari.
Bila terlajak tidur sampai tak bersahur ni boleh buat hati rasa down untuk sehari. Kadang-kadang rasa nak berbuka puasa tu pun ada.

Tapi rasa down tiada pula bila aku tak bersubuh.

Pincang jiwa aku.

8/04/2011

Puasa #3

Hari ini pertama kali aku pergi bazaar ramadhan untuk puasa tahun ini. Dua bazaar aku pergi. Bazaar pertama, aku tengok dari jauh saja. Dua tiga kali juga aku pusing cari parkir kosong, tapi setelah melihatkan ada yang sampai bertumbuk sebab rebut parkir, aku blah menuju ke bazaar yang ke-dua.

Sampai bazaar ke-dua, aku tengok keadaannya agak tenang dari bazaar pertama. Parkir pun macam tiba-tiba saja disediakan untuk aku depan mata. Lepas aku parkir kereta sesedap rasa, aku keluar dari kereta. Peh! panas terik membahang gila. Aku tengok dalam kereta, ada payung. Tapi aku padamkan niat untuk melakukan tindakan yang mungkin akan membuatkan masyarakat sekitar memandang aku dengan muka yang tak senonoh. Aku gagahi juga berjalan di bawah terik mentari.

Sampai dalam bazaar, macam-macam jenis juadah dan bermacam jenis bangsa manusia juga aku perati. Tiga kali aku tawaf di bazaar tu, aku berhasil membawa dua bungkus roti john dan sekeping top up maxis RM10.

Aku pun balik rumah dengan hati yang puas.

8/02/2011

Puasa #2

2003. Hari ke-dua ramadhan, Tengah hari.

Aku dan seorang kawan nama Sawi sedang melangkah longlai dari ladang dalam kampus menuju ke rumah sewa untuk rehat tengahari. Mentari tengah membahang di atas sana sampai menyejat segala jenis air di permukaan bumi. Memantul bahang panas di jalan tar. Buat air liur pun turut sama tersejat. Kering di tekak, bukan kepalang keringnya.

Lalu kawasan kedai-kedai, tengok cina-cina tengah sedap melantak makan tengah hari di dalam kedai makan cina. Aku tengok muka kawan aku betul-betul menagih simpati waktu tu.

Sampai hujung barisan kedai ada sebuah kedai runcit cina. Kaki aku dan Sawi otomatik termati langkah.

"Amacam? Kau ada?" Sawi tanya aku.

Aku angguk kepala sambil toleh kiri dan kanan. Tangan seluk dompet.

****

Tiba di rumah.

Klekk!!..presssss...buih-buih gas bikarbonat memercik-mercik di lantai. Asap berkepul-kepul di ruang tamu siap ada bentuk O.

Jam dua petang, dua pemuda kembali ke ladang dengan langkahan yang girang.

8/01/2011

Puasa #1

Hari pertama aku berpuasa tahun ini dipenuhi dengan aktiviti tidur sampai tengah hari. Lagi setengah hari, aku melibatkan diri dalam satu permainan yang memerlukan akal fikiran bekerja dengan sebaik mungkin iaitu permainan fesbuk.

Aku harap aktiviti hari pertama ini tidak akan berterusan sampai hari terakhir kita berpuasa.

7/29/2011

Gangster

Di bawah awan mendung dua kumpulan gangster sudah siap-siap mahu bergaduh. Dalam genggaman masing-masing sudah tersedia segala jenis senjata. Pisau lipat, pisau rambo, batang paip, batu bata sampai jarum pun ada.

Bakal berlaku pertumpahan darah kali ini.

Masing-masing menunggu dengan rasa debar yang menggila. Siapa yang mahu mulakan langkah.

Tiba-tiba mata semua terarah ke seorang tua yang lalu di antara kedua-dua kumpulan gangster.

Orang tua hentikan langkah tepat-tepat di perantara dua kumpulan gangster.

Orang tua geleng kepala.

"Tak solat jumaat kah kamu?"

Gangster jadi insaf.

7/25/2011

N8

Petang semalam ada seorang brader datang dekat aku dengan muka yang merah-merah. Dari jarak dua kaki, aku dapat hidu bau arak. Sah brader tu mabuk. Dia hulur sebijik enset nokia N8.

"Nokia N8 baru. Kau ambillah 500."

"Babi! Ni enset tiruan kau tolak dekat aku 500?"

" Ori ni. Kau tengok." brader mabuk tekan-tekan skrin sesentuh buat demo. Entah apa jadah dia tekan.

"Bak sini aku tengok." Aku pula tekan-tekan skrin sesentuh. Cek kamera. Sah enset N8 yang tiruan dan yang bangang. Aku hulur semula N8 pada brader tu dan suruh dia blah sebelum badan aku bertukar jadi kaler hijau.

"350 lah bos." brader tu pulak tawar harga dengan aku sambil berdiri senget-senget. Aku geleng kepala dan capai wallet.

"Aku ada 150 saja, amacam?" sambil mengeluarkan tiga keping not 50.

"Haihh...tidak apa lah." brader jadi muka down dan mula bergerak. Lima langkah dia gerak, dia patah balik. "250 lah bos. Murah betul dah ni."

"Kau ni fucker tahu. 200!."

Brader geleng kepala dan hulur N8. Gua hulur 4 keping not 50. Brader mabuk blah dengan muka yang terpancar cahaya kesetanan. Sah pergi kedai arak lagi.

Aku berdiri tenung enset N8 sampai berkerut dahi. Penuh penyesalan. Macam kena jampi pun ada. Melayang 200 aku.

*
*
*

Dua jam kemudian, N8 bertukar tangan. Aku untung 150. Power juga aku berniaga.

7/24/2011

Pagi

Aku bangun seawal jam tujuh pagi tadi. Ahad macam ni, kira awal lah tu. Biasanya jika ahad, aku bangun tidur jam sembilan pagi. Hari-hari selain ahad pula, seperti hari isnin, rabu, jumaat dan lain-lain hari lagi, aku bangun jam lapan-lima-puluh-lima pagi.

Celik-celik mata jam tujuh pagi tadi, aku terus menuju tandas untuk kencing. Lepas tu tinjau-tinjau meja makan ala-ala meja makan orang jepun di dapur. Ada tudung saji di atas meja. Kelihatan bayangan mangkuk besar dalam tudung saji. Ni kalau bukan nasi goreng, mesti mee goreng.

Aku buka dengan harapan yang menggunung. Lepas tu aku tutup semula tudung saji dengan harapan yang kosong. Mangkuk saja yang ada. Isi tiada. Dah di sapu oleh syaitan dan iblis barangkali. Aku minum air kosong untuk menyejukkan hati yang panas.

Kemudian aku masuk bilik semula. Capai rokok kretek import dari Indonesia. Cucuh sebatang. Asap berkepul-kepul memenuhi ruang bilik. Jam enset aku tengok menunjukkan jam tujuh-lapan-minit pagi. Tengah-tengah hisap rokok, aku dapat satu idea.

Aku padam rokok yang tak sampai separuh dihisap dan kembali ke pembaringan semula. Sambung tidur.

Dalam tidur, aku jumpa satu lembaga yang bercahaya.

"Kau ni tak pernah solat subuh ke?", kata lembaga yang bercahaya.

Aku tersengih-sengih dengan perasaan yang kucar-kacir dalam mimpi.

7/23/2011

Hidup

Hidup aku ketika ini banyak habis dalam ruang bilik sendiri. Tempat aku bermain dengan imiginasi. Tempat aku mencorak kan mimpi.

Benda yang nyata, cuma bila aku melangkah sempadan bilik dan kulit disiram matahari.

Ah!! Hidup aku bosan.

7/11/2011

Politik Bersih lagi Perkasa

Politik....

What the Fuck.

Kau bukannya power sangat hal politik ni mau pung pang pung pang pasal politik. Buat rilek-rilek, sudahlah.

Baik kau duduk masjid, sapu lantai masjid ada juga pekdah.

Bangang.

6/12/2011

Cite bola sikit

Semalam aku tengok bola Kelantan lawan Terengganu dalam tv. Final piala F.A. Aku sokong Terengganu. Itu pun sebab ex-makwe aku dulu budak K.Tganu. Kalau tak, aku akan sokong Sabah untuk menang.

Match semalam tu kira okey jugalah. Aku ingat kalau Ryan Giggs dan Messi tengok dalam tv pun diorang terhibur.

Cuma satu hal saja tak okey. Penonton yang baling botol dan mercun. Tu orang-orang yang tiada tamadun namanya tu. Orang-orang yang bodoh dan bengap.

Lagi satu, aku faham sangat perasaan Daudsu. Kalau dia nak main dengan team Sabah pun, aku tiada hal.

6/08/2011

Kawan makan sendiri

"Bos, ada kerja? Aku kering dah ni. Kusut aku..."

"Pehh!! Babi kau. Masa aku bawa kau sama-sama kerja, kau potong jalan. Lepas tu bila kau bawa aku pula kerja sama kau, pun kau potong jalan. Kau ni jenis makan sendiri. Jenis "masa aku susah kita bersama, masa aku senang aku sendiri, kau pergilah mati apa aku peduli." Kejadah kawan macam kau ni?." - ini respon aku bila seorang pemuda yang entah berapa bulan menghilangkan diri selepas memunahkan kerja aku muncul tiba-tiba bawa muka macam setan. Amacam, bengis tak aku? Tapi itu respon aku dalam hati je lah.

Respon mulut, "Tarak!!!" dengan muka yang ketat. Ringkas dan padat.

Lepas tu aku belanja dia makan chappati. Sedap gila chappati makan dengan susu. Kau trylah kalau ada masa.

6/03/2011

Rokok

Aku seorang perokok. Aku merokok bukan sebab untuk nampak cool atau kelihatan brader-brader. Aku merokok sebab merokok itu satu aktiviti yang sedap untuk dibuat selepas makan, lepas bersenggama dan sedap pada waktu aku langsung tiada apa benda mahu buat. Macam sekarang ni lah.

Merokok sambil menulis blog ni pula aku rasa macam orang bijak pandai.

Itu je lah untuk kali ini. Aku tulis panjang-panjang pun, aku sendiri juga yang baca. Penat pula aku nanti.

6/02/2011

Blog

Dulu masa aku study, tak pernah juga aku terfikir atau terlintas di hati sanubari untuk mejadi seorang penulis blog. Jangankan menulis, membaca blog pun malas.

Sekarang bila dah tak study dan tua bangka macam ni, baru aku terfikir. Nafsu membaca pun membuak-buak. Mungkin sebab aku terlalu banyak masa terluang dan lebih suka mengadap blog daripada mengadap sejadah.

Banyak juga aku blog yang aku baca. Blog setan lah yang banyaknya.

*errr..aku terharu ada yang tekan butang follow aku sebenarnya, keh keh keh.

6/01/2011

Cabaran yang berat

Aku rasa, cabaran untuk tidak menghapdet status fesbuk adalah salah satu cabaran yang paling berat untuk aku pikul sepanjang hidup ni.

Sama beratnya dengan cabaran untuk memejam mata kuat-kuat dari melihat seorang gadis  memakai bikin di hadapan kau.

Berat gila.

5/28/2011

Nasihat

Kau orang perempuan-perempuan ni kalau dah ada boyfren dan ambil keputusan untuk kahwin, kau orang janganlah letak hantaran tinggi-tinggi sangat. Tinggi sampai boyfren kau lari cari perempuan lain yang letak harga lebih rendah dan dia lebih stedy untuk boyfren kau capai. Lepas tu kau makan hati sendiri-sendiri boyfren kau tak kahwin dengan kau. kah kah kah.

Kau orang faham tak?

Apa kau cakap? Jodoh? Adat? Kemahuan keluarga? Kemampuan? Kesetiaan? kah kah kah.

Kau orang ingat boyfren kau tu apa? Mesin duit? Mesin rumput? Malaikat?

Ini sebenarnya dilema kawan-kawan aku sekarang ni. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Ya, mereka sepasang kekasih dua sejoli. Dan aku jadi orang tengah sekarang ni. Setan.

Kisah orang tua yang tinggi ilmunya

Pada satu masa dulu ketika aku berjalan di dalam hutan memburu rusa, aku ada jumpa seorang tua yang tinggi sungguh ilmunya. Tinggi sampai setiap ayat yang diucapkannya aku tak berapa nak tangkap. Salah satu ayat yang aku tak berapa nak tangkap tu macam gini bunyinya:

"Hidup kita ni kalau tak mencarut, bukan hiduplah namanya."

Mendalam gila aku rasa. Dalam sampai makan dalam punya kata-kata.

Aku rasa, kau orang sendiri pun tak dapat nak tangkap ayat orang tua tu kan?

Peh!

4/22/2011

Tazkirah jumaat

Jangan memandang wanita sebagai simbol seks semata. Itu kata wanita. Dan juga segelintir lelaki, termasuklah aku juga. Aku ulangi, segelintir.

Jadi untuk kaum-kaum wanita, bila kau tengok ada lelaki-lelaki yang memandang wanita itu sebagai simbol seks, aku nasihatkan kau janganlah melenting. Itu dah jadi macam tabiat. Kau tengok saja bila sekumpulan pakcik-pakcik badan besar duduk di kedai kopi, dan seorang makwe lalu depan pakcik-pakcik itu. Kau perhatikan mata pakcik-pakcik itu melihat ke arah mana? keh keh keh! Aku rasa kau perasan.
Pakcik-pakcik tu bukan apa, dah hari-hari dengar cerita rogol dalam berita nak buat macam mana.

Sekarang ni kau peratikan pada seorang gadis Turki yang berbogel untuk Playboy. Aku rasa kau tahu cerita gadis Turki tu. Banyak update blog beberapa hari lepas aku baca tentang tu saja. Dan yang aku hairan lagi, ada juga perempuan yang update cerita itu. Ini satu contoh dari ribuan-ribuan contoh yang memberi gambaran seperti golongan perempuan itu sendiri yang menyimbolkan diri mereka sebagai simbol seks. Lepas tu orang perempuan yang bising sendiri. Tulis dalam blog. Yang baca lelaki. kah kah kah!

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi zaman siber ni bukan setitik saja nila yang menitik, dah bergelen-gelen nila yang tumpah atau sengaja ditumpahkan ke sebelanga susu. Dah jadi biru. Kau tahu apa itu biru? Filem biru.  Dan budak-budak sekolah kita sekarang dah cukup mahir buat filem biru sendiri. Orang tua apatah lagi. Sampai kancah politik pun ada filem biru. Bangang. Dalam facebook pun kau tengok berapa ramai golongan wanita itu sendiri berposing seksi dalam kereta menanmpakkan alur dada sendiri macam celaka?

Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran. Itu normal dan biasa.

Di mana ada penawaran, di situ ada permintaan. Itu barang baik namanya.

Kau faham? Aku sendiri macam kurang faham dah ni. Kau anggap saja ini tazkirah. Kau orang perempuan pandai-pandailah jaga diri. Bye!

4/19/2011

Aku punya kisah cinta

Aku tengok blog-blog orang banyak yang menulis cerita cinta. Tak kiralah lelaki kah perempuan. Tak kira juga cerita cinta tu ditulis sebagai cerpen, atau ditulis dalam bentuk real iaitu kisah cinta sipenulis itu sendiri dan juga menulis kisah cinta yang ditulis secara agama-agama dan macam-macam cara penyampaian cintalah aku baca.

Jadi aku ingat kali ni aku pun mahu tulis kisah cinta aku sendiri. Macam kau jugalah.

Kisahnya begini. Tahun lalu aku ada bercinta dengan seorang gadis. Mahu setahun juga aku bercinta dengan dia. Tapi sampai satu masa iaitu genap hampir setahun hubungan cinta aku dengan dia, kami berpisah. Aku pun tak berapa ingat lah apa sebab kami berpisah. Yang aku ingat pada hari kami mengambil keputusan untuk berpisah tu adalah kali pertama kami berjumpa secara face to face di bandar. Sedih gila aku.

Tapi aku kena terima juga kenyataan sebab adat cinta fesbuk memang selalu macam tu.

Kau dapat tangkap jugakah cerita cinta aku ni? Kalau tak dapat tangkap kau bagitahu, aku cerita semula.

4/12/2011

Dulu aku pergi interbiu

Beberapa tahun dulu aku pergi interbiu kerja kerajaan negeri. Sampai pejabat interbiu dengan berpeluh-peluh lepas turun bas naik bas pakai baju orang pejabat, aku tengok sudah berpuluh-puluh orang lain sedang duduk menunggu giliran untuk di interbiu. Ada yang sibuk membaca nota entah apa jadah punya nota. Ada yang sibuk berbual antara satu sama lain. Ada yang sibuk ejas tali leher, ejas tudung, ejas kepala lutut pun ada.

Aku pergi daftar nama dan serah salinan sijil di meja pendaftaran untuk interbiu. Setelah selesai mendaftar nama, aku pergi duduk berkumpul dengan berpuluh lagi orang-orang lain yang menyimpan sejuta harapan untuk dapat kerja. Aku tengok muka satu-satu. Mana tahu ada yang aku kenal. Malangnya tiada. Jadi aku pun duduk diam saja tanpa berbual dengan sesiapa. Satu persatu nama dipanggil masuk dalam bilik interbiu. Aku tengok muka-muka yang masuk bilik itu mulanya itu pucat lesi, dan bila keluar jadi merah padam dan tersengih-sengih macam celaka sambil di sambut oleh orang lain yang belum masuk bilik dengan pertanyaan, "Apa diorang tanya?". Dengan bongkak orang yang di tanya cakap, "soalan-soalan biasa saja. Bahalol punya jawapan.

Aku tengok jam. Dah jam sembilan lebih waktu tu. Tapi orang masih lagi ramai belum di panggil masuk dalam bilik interbiu. Malah ada lagi berpuluh-puluh yang baru datang. Aku buat-buat steady sambil goyang kaki. Di waktu aku menunggu giliran untuk dipanggil masuk, ada juga aku terdengar suara-suara di situ yang bercakap pasal "orang dalam". Cakap dia kenal dengan big boss. Cakap bapa dia pernah jumpa si polan dan si polan. Cakap dia ada sepupu lima kali kerja bahagian HR. Dan macam lagi punya cakap yang bagi aku amatlah jahanam pada aku seorang pencari kerja yang tiada orang dalam dan kenal siapa-siapa dalam jabatan. Aku geleng kepala lagi.

Setelah berpuluh-puluh orang masuk bilik dan keluar bilik, sampai giliran aku kena panggil untuk di interbiu. Aku tengok jam dah hampir jam 12. Aku melangkah masuk dalam bilik dan melihat ada empat orang duduk di meja bulat. Besar gila meja bulat itu. Aku di suruh duduk dan aku pun duduk. 10 minit aku bersoal jawab dengan ke empat-empat orang yang ada di meja bulat itu, aku selesai. Sebelum keluar, aku tanya soalan pada ke empat-empat orang yang duduk di meja bulat berapa kekosongan sebenar yang ada ditawarkan. Dengan yakin salah seorang menjawab, satu. "Madapaker" aku cakap dalam hati.

Bila aku keluar bilik interbiu, semua yang masih belum masuk dalam bilik ada berpuluh lagi aku tengok, memandang ke arah aku untuk meminta barang secebis soalan bocor aku agak. Belum sempat ada yang bertanya, aku pun jawab, "Kerja ni satu saja yang kosong."

Semua muka terus jadi down.


***

4/11/2011

Aku pergi bandar

Pada satu hari aku diajak oleh seorang member untuk pergi berjalan-jalan di bandar. Tanpa fikir panjang aku pun dengan mengenakan seluar jeans dan t-shirt hitam siap pakai kasut all amerika keluar rumah menunggu bas dan member aku tu dah ada di bandar katanya dalam mesej tadi.

Lima minit aku berdiri tunggu bas, bas tak kunjung tiba. 10 minit kemudian, pun bas masih belum muncul. Aku bersabar. Tunggu punya tunggu, ada dua budak berpakaian sekolah menengah lalu depan aku sambil menghisap rokok. Aku sound ke dua budak sekolah itu. Aku minta rokok sebatang. Salah seorang budak sekolah itu mengeluarkan sekotak rokok dari dalam beg sekolah. Rokok Dunhill. Kau tahu berapa harga sekotak Dunhill sekarang ni? 10 ringgit. Dari mana budak sekolah itu dapat duit beli rokok? Kerja McD? Kerja stesen minyak?  Aku jadi marah lalu mengambil sebatang rokok yang di beri untuk menenangkan perasaan marah kemudian menasihati kedua budak sekolah itu selama sejam lebih. Tengok gaya, macam tak dengar cakap punya budak aku suruh mereka blah sebab bas pun dah muncul. Dalam masa sejam lebih, sekotak rokok dunhill itu habis kami hisap bertiga.

Dalam bas aku duduk sebelah seorang lelaki tua. Aku tiada masalah pada mulanya. Cuma apabila lelaki tua itu mula tertidur baru membawa satu masalah pada aku. Bahu aku tiba-tiba dijadikan bantal. Aku rasa amat celaka waktu tu. Nasib baiklah makcik yang duduk depan aku menekan bell bas dan turun meninggalkan tempat duduk kosong di depan.  Makcik tu berdiri, aku pun turut berdiri menyebabkan lelaki tua hampir terbaring mereng di tempat duduk. Aku pindah ke depan dan duduk di sebelah seorang makcik yang agak peramah dan petah bercerita sambil memangku sebuah fail. Banyak benda makcik tu cerita. Yang banyak sekali cerita kesihatan. Herba itu herba ini. Ada juga dia selit pasal cerita rugi masa muda terbuang begitu saja kalau tak cari duit banyak-banyak. Aku layan saja buat-buat teruja untuk mendengar sampai tiba di bandar. Bila bas berhenti, makcik tu sempat menghulur kad namanya dan meminta nombor enset aku untuk membawa aku ke sebuah seminar katanya. Aku bagi nombor enset jiran aku.

Sampai bandar, aku mesej member tanya di mana dia berada. Beberapa minit kemudian, mesej aku dibalas.

"Aku dah balik rumah."

Aku genggam enset dan mendongak ke langit.

4/10/2011

Coretan pertama

Hai. Aku seorang pemuda. Bukan pemuda UMNO. Bukan juga pemuda PAS. Bukan juga si Imuda. Bukan. Bukan semua itu. Aku cuma seorang pemuda. Nama aku, pemuda. kehkehkeh! Tak lawak pun terkekeh-kekeh. Suka hati aku lah.

Aku seorang pemuda yang suka mengadap blog. Hari-hari aku mengadap blog. Kadang-kadang ada satu masa tu aku sampai termuntah mengadap blog. Tak percaya?

Kau tahu di Malaysia ni ada berapa banyak blog? Tahu? Tak tahu. Kesian. Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa ada banyak. Beratus-ratus ribu.

Cuma aku ada masalah sikit. Tadi aku tengok satu benda yang tak masuk akal. Bukan aku saja. Bapa aku pun kalau tengok, dia akan cakap tak masuk akal.

Program kasi terjah 1000 blog. Kau tahu program itu? Masuk akal kah tidak?

Okey. Kita lupakan semua ketidakmasukan akal itu. Kita cerita benda lain yang lebih membawa faedah pada kehidupan seorang pemuda. Tapi bukan sekaranglah. Sekarang aku tiada idea.