4/22/2011

Tazkirah jumaat

Jangan memandang wanita sebagai simbol seks semata. Itu kata wanita. Dan juga segelintir lelaki, termasuklah aku juga. Aku ulangi, segelintir.

Jadi untuk kaum-kaum wanita, bila kau tengok ada lelaki-lelaki yang memandang wanita itu sebagai simbol seks, aku nasihatkan kau janganlah melenting. Itu dah jadi macam tabiat. Kau tengok saja bila sekumpulan pakcik-pakcik badan besar duduk di kedai kopi, dan seorang makwe lalu depan pakcik-pakcik itu. Kau perhatikan mata pakcik-pakcik itu melihat ke arah mana? keh keh keh! Aku rasa kau perasan.
Pakcik-pakcik tu bukan apa, dah hari-hari dengar cerita rogol dalam berita nak buat macam mana.

Sekarang ni kau peratikan pada seorang gadis Turki yang berbogel untuk Playboy. Aku rasa kau tahu cerita gadis Turki tu. Banyak update blog beberapa hari lepas aku baca tentang tu saja. Dan yang aku hairan lagi, ada juga perempuan yang update cerita itu. Ini satu contoh dari ribuan-ribuan contoh yang memberi gambaran seperti golongan perempuan itu sendiri yang menyimbolkan diri mereka sebagai simbol seks. Lepas tu orang perempuan yang bising sendiri. Tulis dalam blog. Yang baca lelaki. kah kah kah!

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi zaman siber ni bukan setitik saja nila yang menitik, dah bergelen-gelen nila yang tumpah atau sengaja ditumpahkan ke sebelanga susu. Dah jadi biru. Kau tahu apa itu biru? Filem biru.  Dan budak-budak sekolah kita sekarang dah cukup mahir buat filem biru sendiri. Orang tua apatah lagi. Sampai kancah politik pun ada filem biru. Bangang. Dalam facebook pun kau tengok berapa ramai golongan wanita itu sendiri berposing seksi dalam kereta menanmpakkan alur dada sendiri macam celaka?

Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran. Itu normal dan biasa.

Di mana ada penawaran, di situ ada permintaan. Itu barang baik namanya.

Kau faham? Aku sendiri macam kurang faham dah ni. Kau anggap saja ini tazkirah. Kau orang perempuan pandai-pandailah jaga diri. Bye!

4/19/2011

Aku punya kisah cinta

Aku tengok blog-blog orang banyak yang menulis cerita cinta. Tak kiralah lelaki kah perempuan. Tak kira juga cerita cinta tu ditulis sebagai cerpen, atau ditulis dalam bentuk real iaitu kisah cinta sipenulis itu sendiri dan juga menulis kisah cinta yang ditulis secara agama-agama dan macam-macam cara penyampaian cintalah aku baca.

Jadi aku ingat kali ni aku pun mahu tulis kisah cinta aku sendiri. Macam kau jugalah.

Kisahnya begini. Tahun lalu aku ada bercinta dengan seorang gadis. Mahu setahun juga aku bercinta dengan dia. Tapi sampai satu masa iaitu genap hampir setahun hubungan cinta aku dengan dia, kami berpisah. Aku pun tak berapa ingat lah apa sebab kami berpisah. Yang aku ingat pada hari kami mengambil keputusan untuk berpisah tu adalah kali pertama kami berjumpa secara face to face di bandar. Sedih gila aku.

Tapi aku kena terima juga kenyataan sebab adat cinta fesbuk memang selalu macam tu.

Kau dapat tangkap jugakah cerita cinta aku ni? Kalau tak dapat tangkap kau bagitahu, aku cerita semula.

4/12/2011

Dulu aku pergi interbiu

Beberapa tahun dulu aku pergi interbiu kerja kerajaan negeri. Sampai pejabat interbiu dengan berpeluh-peluh lepas turun bas naik bas pakai baju orang pejabat, aku tengok sudah berpuluh-puluh orang lain sedang duduk menunggu giliran untuk di interbiu. Ada yang sibuk membaca nota entah apa jadah punya nota. Ada yang sibuk berbual antara satu sama lain. Ada yang sibuk ejas tali leher, ejas tudung, ejas kepala lutut pun ada.

Aku pergi daftar nama dan serah salinan sijil di meja pendaftaran untuk interbiu. Setelah selesai mendaftar nama, aku pergi duduk berkumpul dengan berpuluh lagi orang-orang lain yang menyimpan sejuta harapan untuk dapat kerja. Aku tengok muka satu-satu. Mana tahu ada yang aku kenal. Malangnya tiada. Jadi aku pun duduk diam saja tanpa berbual dengan sesiapa. Satu persatu nama dipanggil masuk dalam bilik interbiu. Aku tengok muka-muka yang masuk bilik itu mulanya itu pucat lesi, dan bila keluar jadi merah padam dan tersengih-sengih macam celaka sambil di sambut oleh orang lain yang belum masuk bilik dengan pertanyaan, "Apa diorang tanya?". Dengan bongkak orang yang di tanya cakap, "soalan-soalan biasa saja. Bahalol punya jawapan.

Aku tengok jam. Dah jam sembilan lebih waktu tu. Tapi orang masih lagi ramai belum di panggil masuk dalam bilik interbiu. Malah ada lagi berpuluh-puluh yang baru datang. Aku buat-buat steady sambil goyang kaki. Di waktu aku menunggu giliran untuk dipanggil masuk, ada juga aku terdengar suara-suara di situ yang bercakap pasal "orang dalam". Cakap dia kenal dengan big boss. Cakap bapa dia pernah jumpa si polan dan si polan. Cakap dia ada sepupu lima kali kerja bahagian HR. Dan macam lagi punya cakap yang bagi aku amatlah jahanam pada aku seorang pencari kerja yang tiada orang dalam dan kenal siapa-siapa dalam jabatan. Aku geleng kepala lagi.

Setelah berpuluh-puluh orang masuk bilik dan keluar bilik, sampai giliran aku kena panggil untuk di interbiu. Aku tengok jam dah hampir jam 12. Aku melangkah masuk dalam bilik dan melihat ada empat orang duduk di meja bulat. Besar gila meja bulat itu. Aku di suruh duduk dan aku pun duduk. 10 minit aku bersoal jawab dengan ke empat-empat orang yang ada di meja bulat itu, aku selesai. Sebelum keluar, aku tanya soalan pada ke empat-empat orang yang duduk di meja bulat berapa kekosongan sebenar yang ada ditawarkan. Dengan yakin salah seorang menjawab, satu. "Madapaker" aku cakap dalam hati.

Bila aku keluar bilik interbiu, semua yang masih belum masuk dalam bilik ada berpuluh lagi aku tengok, memandang ke arah aku untuk meminta barang secebis soalan bocor aku agak. Belum sempat ada yang bertanya, aku pun jawab, "Kerja ni satu saja yang kosong."

Semua muka terus jadi down.


***

4/11/2011

Aku pergi bandar

Pada satu hari aku diajak oleh seorang member untuk pergi berjalan-jalan di bandar. Tanpa fikir panjang aku pun dengan mengenakan seluar jeans dan t-shirt hitam siap pakai kasut all amerika keluar rumah menunggu bas dan member aku tu dah ada di bandar katanya dalam mesej tadi.

Lima minit aku berdiri tunggu bas, bas tak kunjung tiba. 10 minit kemudian, pun bas masih belum muncul. Aku bersabar. Tunggu punya tunggu, ada dua budak berpakaian sekolah menengah lalu depan aku sambil menghisap rokok. Aku sound ke dua budak sekolah itu. Aku minta rokok sebatang. Salah seorang budak sekolah itu mengeluarkan sekotak rokok dari dalam beg sekolah. Rokok Dunhill. Kau tahu berapa harga sekotak Dunhill sekarang ni? 10 ringgit. Dari mana budak sekolah itu dapat duit beli rokok? Kerja McD? Kerja stesen minyak?  Aku jadi marah lalu mengambil sebatang rokok yang di beri untuk menenangkan perasaan marah kemudian menasihati kedua budak sekolah itu selama sejam lebih. Tengok gaya, macam tak dengar cakap punya budak aku suruh mereka blah sebab bas pun dah muncul. Dalam masa sejam lebih, sekotak rokok dunhill itu habis kami hisap bertiga.

Dalam bas aku duduk sebelah seorang lelaki tua. Aku tiada masalah pada mulanya. Cuma apabila lelaki tua itu mula tertidur baru membawa satu masalah pada aku. Bahu aku tiba-tiba dijadikan bantal. Aku rasa amat celaka waktu tu. Nasib baiklah makcik yang duduk depan aku menekan bell bas dan turun meninggalkan tempat duduk kosong di depan.  Makcik tu berdiri, aku pun turut berdiri menyebabkan lelaki tua hampir terbaring mereng di tempat duduk. Aku pindah ke depan dan duduk di sebelah seorang makcik yang agak peramah dan petah bercerita sambil memangku sebuah fail. Banyak benda makcik tu cerita. Yang banyak sekali cerita kesihatan. Herba itu herba ini. Ada juga dia selit pasal cerita rugi masa muda terbuang begitu saja kalau tak cari duit banyak-banyak. Aku layan saja buat-buat teruja untuk mendengar sampai tiba di bandar. Bila bas berhenti, makcik tu sempat menghulur kad namanya dan meminta nombor enset aku untuk membawa aku ke sebuah seminar katanya. Aku bagi nombor enset jiran aku.

Sampai bandar, aku mesej member tanya di mana dia berada. Beberapa minit kemudian, mesej aku dibalas.

"Aku dah balik rumah."

Aku genggam enset dan mendongak ke langit.

4/10/2011

Coretan pertama

Hai. Aku seorang pemuda. Bukan pemuda UMNO. Bukan juga pemuda PAS. Bukan juga si Imuda. Bukan. Bukan semua itu. Aku cuma seorang pemuda. Nama aku, pemuda. kehkehkeh! Tak lawak pun terkekeh-kekeh. Suka hati aku lah.

Aku seorang pemuda yang suka mengadap blog. Hari-hari aku mengadap blog. Kadang-kadang ada satu masa tu aku sampai termuntah mengadap blog. Tak percaya?

Kau tahu di Malaysia ni ada berapa banyak blog? Tahu? Tak tahu. Kesian. Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa ada banyak. Beratus-ratus ribu.

Cuma aku ada masalah sikit. Tadi aku tengok satu benda yang tak masuk akal. Bukan aku saja. Bapa aku pun kalau tengok, dia akan cakap tak masuk akal.

Program kasi terjah 1000 blog. Kau tahu program itu? Masuk akal kah tidak?

Okey. Kita lupakan semua ketidakmasukan akal itu. Kita cerita benda lain yang lebih membawa faedah pada kehidupan seorang pemuda. Tapi bukan sekaranglah. Sekarang aku tiada idea.