9/20/2012

Harapan

Ada satu ketika, pada waktu petang, aku dan seorang member kamceng aku ni duduk di atas sebuah bukit tinggi belakang apartment kami menyewa. Entah apa punya angin waktu tu, dia boleh bertanya apa benda yang paling aku harap dapat terjadi dalam kehidupan aku. Sedangkan, pada waktu itu, mata kami berdua terarah pada gadis-gadis sunti yang bermain badminton di bawah bukit. 

"Sebelum kau matilah kan, apa perkara yang kau betul-betul harap akan jadi dalam life kau ha?" tanyanya.
"Kau?" aku tanya dia semula.
"Aku...aku harap, ada satu saat tu masa aku bangun pagi, satu dunia blackout. Dan orang-orang kaya dalam dunia ni semua mati." jawabnya dengan yakin. "Kau?"
"Aku...aku harap aku ada dapat buat satu buku cerita. Macam buku novel."
"Huh! Pelik harapan kau ni."

 Pada waktu itu, sebuah kapal terbang kelihatan melintas di atas kami. 

"Anggap saja itu shooting star." kata aku dan member aku tu berdiri menjerit ke arah kapal terbang yang melintas macam orang gila. Gadis-gadis sunti di bawah melihat kami berdua di atas bukit. Aku lambai tangan pada mereka.


9/02/2012

Terjebak

lama dah aku tak menulis. cewah! ayat macam sial. kalau tak silap aku, sekarang ni masih lagi mood raya kan? So aku ucapkan selamat raya lah pada korang. bercakap pasal raya ni, menteri perdana bersama kerabat-kerabatnya datang kawasan aku hari ni. konon nak buat rumah terbuka. sambil-sambil tu merasmikan miting perwakilan cawangan-cawangan umno di daerah aku. dan aku sebagai manusia yang mencari rezeki yang kebanyakannya dari sumber kewangan kerajaan, terpaksalah turun padang .apa boleh buat, cari makan kan? hahaha. bukan aku sajalah yang turun padang, cikgu-cikgu turun padang, polis-polis, askar-askar, katua kampung bersama penduduk kampungnya, bomba, doktor, along, orang miskin dan orang tak miskin pun turun padang bersama-sama meraikan ketibaan menteri perdana wira rakyat ni.Dan menyebabkan kawasan perjumpaan jadi sesak macam dalam neraka dan panasnya pun macam dalam neraka juga.

sepanjang beberapa jam aku bangun duduk bangun duduk dekat majlis tadi, bercampur dengan orang-orang politik, satu benda yang aku dapat perati, 'pakcik-pakcik dan makcik-makcik' umno ni bangang macam lembu. dan mereka cuba membangang-lembukan juga orang-orang muda macam aku ni. diorang ingat, kami ni tiada sekolah ke? inilah masalahnya masyarakat kita (kebanyakannya orang lama) kalau cuma tahu tengok tv 3 saja. suruh buka internet, takut. suruh pakai akal, bebal pulak.

seriously, aku bukannya menyokong pakatan rakyat. aku penyokong umno. aku sokong kerajaan. tapi masalahnya sekarang ni, bagaimana aku dapat terus menyokong kalau depan mata aku pun ada banyak benda yang tidak betul?

negeri aku ni sebuah negeri yang kaya. cukup kaya dengan sumber alam. kayu balak, kelapa sawit, petroleum. tiga sumber alam ni lebih dari cukup untuk menjadikan negeri ini setaraf dengan kota dubai mahupun kota new york. tapi malang seribu kali malang, walaupun tahun masehi sudah berpijak pada angka 2012, negeri ini umumya masih lagi jauh ketinggalan dan miskin jika dibandingkan dengan mana-mana negeri di malaysia. masih ada lagi rakyatnya yang berlenggang menuju perigi bawa gelen. jalan-jalan rayanya janganlah cerita, buat sakit hati aku saja. perkhidmatan elektrik yang teruk. harga rumah yang mahal sampai ada seorang pakcik aku tu, dia hidup nomad menyewa rumah sejak aku di bangku sekolah lagi. mungkin dia akan hidup macam tu sampai dia mati. tak mampu dia nak beli rumah sebab gaji bulannya hanya 600 ringgit sebulan. tanggung anak bini, sewa rumah pun selalu tak lepas. mau dapat rumah bantuan kerajaan, dia tiada tanah sendiri. apply rumah mampu-milik kerajaan konon-kononnya, sampai sekarang tiada cerita. kena jumpa orang sana orang sini. minta sokongan sana sokongan sini. babi apa macam tu? tapi masalahnya pakcik aku tu, biar hidup macam tu, dia tetap bahagia membuang undi untuk kerajaan bila masa hari undi. hahaha. tapi aku tak heranlah kenapa dia macam tu, sebab dia sekolah pun tak habis. dia tak berapa nak nampak apa fungsinya undi dia tu dulu. yang dia tahu, pangkah. dapatlah duit poket dari si polan si polan. tapi itu dululah, sekarang ni aku tak tahu, harap dia dapat jadi bijak sikit. hahaha. dan aku melalut pasal pakcik aku ni apahal?

Apa-apa pun, sebelum aku mengundur diri, aku tinggalkan kau dengan satu berita yang betul-betul fuck. Inilah salah satu perkara  yang tidak betul pada pandangan mata aku terhadap umno a.k.a kerajaan kita yang tercinta ni. aku harap kau faham bahasa inggeris lah. kayu balak negeri ni sepatutnya hak rakyatnya. kalau siasatan ini ternyata betul, jadah apa dia pergi tibai itu hak rakyat? tidak tahukah hidup kita di dunia ini hanya sementara? tapi itu lah, cari makan kan? tapi cari makan sampai 90 juta us dollar tu setan juga lah sebenarnya. hahaha.

7/01/2012

Jiwa

Aku berada di hujung padang sini. Dan kau di hujung sana, memegang jiwa yang kau kepal-kepalkan menjadi sebiji bola tenis. Entah kenapa, wajahmu kelihatan kacau lalu kau membaling jiwamu itu ke arah aku. Dengan harapan, aku akan menyambutnya. Yang kau tidak sedari, aku ketika itu, memegang sebatang kayu besbol

Tang!!

Jiwa kau langsung hilang entah ke mana.

Pelawaan

"Kami mempelawa anda untuk menulis bersama bla bla bla. Konsep/tema bla bla bla. Ada bayaran royalti. Berminat?"

Aku tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap begini. Dan aku nak berhenti untuk segala kegilaan sebegini.
#Rokok habis.




6/26/2012

Gelap

Mengharungi saat-saat kebinasaan dengan sebungkus maggie di tangan. Dan RM 25 dalam akaun simpanan. Macam manalah aku nak beraya ni nanti?

6/22/2012

Assignment

Dulu masa aku study, aku paling bengang bila masuk bab assignment. Kena cari maklumat sana-sini. Buka buku itu ini. Benda paling senang, copy paste kawan punya, ubah sikit-sikit. Macamlah lecturer tu jenis tak sekolah punya orang. Google waktu tu jarang sangat orang guna. Bukan, memang orang guna, cuma aku saja yang malas guna. Rumah sewa aku mana ada internet. Dan broadband pun seingat aku belum wujud waktu tu. Gila, zaman bat rupanya. Mau internet kena masuk cyber cafe. Dan cyber cafe yang aku kenali dulu fungsi utamanya untuk student hanyalah untuk mirc, kau tahu tak apa mirc? kalau tak tau, baik mati. Bagi aku, student yang masuk cyber cafe berMirc ni dulu adalah student yang tiada life dan looser yang amat. Bangang apa chating cari makwe dalam komputer, dekat kolej makwe berterabur tak pergi usha pulak. Eh, aku dah terlajak cerita ni. Kembali kepada assignment. Sebenarnya sekarang dah tua bangka macam ni pun aku terpaksa juga buat assignment. Assignment menulis. Banyak benda yang aku mau tulis. Kadang-kadang aku jadi macam fucked up juga dengan benda menulis ni. Dan entah macam mana aku boleh terikut-ikut perangai menulis ni. Menulis ni kerja Ramlee Awang Murshid. Bukan kerja aku. Kerja aku duduk lepak dan tengok tv saja sepatutnya. Mujurlah assignment ni jenis assignment yang aku sendiri-sendiri suka letak dateline. Tangguh-tangguh. Tangguh sampai kiamat lah jadinya.

Lagi satu aku nak cerita, tadi, baru sebentar tadi aku ternampak satu group dekat facebook. Group cipap namanya. Kahkahkah. Aku jadi kurios benda-benda macam ni. Oleh sebab group tu open, aku buka. Tangok dalam. Babi apa cipap kalau dalam group tu semua jantan? Tapi..tapi..tapi..ada satu mutual fren aku dalam group tu. Sah-sah, waktu tu jugalah aku unfren. Awkward dowh.


6/16/2012

Lintasan

Aku membuka mata. Silau. Lampu kalimantang di atas siling masih terpasang. Kipas siling berputar perlahan. Terasa seperti kaki aku dikuis-kuis sesuatu. Aku lihat, seekor kucing tengah sedap hingga tertutup-tutup mata menggesel-geselkan kepalanya di kaki aku. Celaka. Tuk! satu libasan kecil ke kepala kucing bertompok oren. Ia terjatuh ke lantai lalu menjeling ke arah aku yang masih berbaring di atas katil. Jelingannya tajam, telinganya bergoyang-goyang. Auff! Auff! Auff! kucing bertompok oren itu menyalak dengan kuat seperti anjing sebelum berlari masuk ke bawah katil. Dahiku berkerut. Fucking apa kucing berbunyi anjing? Aku bingkas melompat dari katil dan membongkok melihat ke arah bawah katil mencari kucing bertompok oren. Namun bawah katil aku kosong. Kucing bertompok oren dengan suara anjing ghaib di bawah katil. Yang ada hanya satu kotak kasut jenama converse berwarna biru.  Aku menarik nafas panjang. Barangkali itu hanyalah khayalan dalam kemamaian.

Tekakku berasa kering. Lidah rasa kurang sedap. Rasa kelat. Aku melupakan perihal kucing bertompok oren itu lalu menuju ke pintu bilik berona coklat. Memulas tombol pintu yang terasa sejuk di telapak tanganku. Pulas! Pulas! Pulas! Pintu bilik terkunci. Ganjil. Ini ganjil. Dalam keadaan baru bangun tidur selepas dikejutkan seekor kucing bersuara anjing yang tiba-tiba ghaib di bawah katil, aku masih mampu berfikir dengan logik. Orang gila mana yang pasang pintu dengan tombol pintu yang terbalik. Maksud aku, tombol pintu ini dikunci dari luar. Bukankah sepatutnya dari dalam? Pulas! Pulas! Pulas! Aku menggaru-garu dahiku memandang pintu bilik berona coklat. Memandang ke sekeliling bilik. Katil, almari, meja dan kipas siling. Semua berada dalam posisi yang sama seingat aku. Katil memang berada di situ, terhimpit ke dinding bilik bercat putih. Almari berdiri bertentangan dengan katil. Meja kecil yang menempatkan buku-buku novel tidak berubah dari posisi asal. Malah buku-buku di atasnya tetap tersusun rapi. Dan kipas siling tetap berada di siling. Mana mungkin kipas siling berada di dinding mahupun di lantai. Hanya pintu ini sahaja yang berbeza. Tombol pintunya maksud aku. Rona warna pintu ini masih serupa seperti kali terakhir aku melihatnya sebelum aku tidur semalam. Pulas! Pulas! Pulas!

Aku mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik itu setelah berfikir beberapa detik. Walaupun aku merasakan perbuatan mengetuk pintu dari dalam bilik itu adalah perbuatan yang tidak masuk akal. Sepatutnya, pintu diketuk dari luar. Tok! Tok! Tok! Aku ketuk tiga kali. Tiada jawapan. Ah! kerja bodoh. Siapa juga yang mahu menjawab ketukan pintu bilik aku ini bilamana aku sebenarnya tinggal berseorangan di apartment ini? Pulas! Pulas! Pulas! Darahku jadi mendidih. Dam! Dam! Dam! Pintu bilik itu aku hentak. Tombolnya aku pulas dan tarik entah buat kali yang keberapa. Babi!

Aku menghela nafas panjang. Cuba bertenang dan mencapai jam tangan digital yang ada di meja. Jam 1.11 am? Keningku sedikit terjungkit melihat paparan jam. Termenung seketika. Jam itu mati. Tiada detikan. 1.11 am. Semalam, paparan terakhir yang aku lihat di jam itu sebelum menuju baring di katil, 12.11 am. Tepat selang sejam, jam itu mati. Aku menuju ke arah tingkap bilik. Menyelak tabir biru yang sedikit kusam. Dan di situ mata aku terbeliak. Tiada tingkap. Hanya dinding simen yang berwarna putih. Seperti tindakan refleks, kakiku  berundur beberapa langkah dengan pantas hingga aku terjatuh ke lantai bilik marmar oren. Aku jadi hilang fikiran menatap dinding yang dilitupi tabir tingkap. Aku memejam mata erat-erat. Ini mimpi..ini mimpi..ini mimpi.. Bukan..ini bukan mimpi. Aku segera bangun dan mencapai tombol pintu bilik itu semula. Pulas! Hentak! Pulas! Hentak! Sia-sia. 
"Hoi!! Celaka! Buka pintu ni," aku menjerit sekuat hati. Tiada jawapan. Aku merapatkan telinga aku ke pintu. Sunyi, tiada bunyi yang kedengaran di luar. Tiada jalan lain, aku menerajang pintu bilik itu dengan kuat. Braam!! Tiada hasil. Aku berundur tiga langkah dari pintu. Menarik nafas dalam lalu dengan pantas melanggar daun pintu itu dengan keras. Brammm!! Pintu itu akhirnya terbuka luas. "Fu...cking shit!!' aku tiba-tiba jadi gelabah. Angin dingin laju bertiup menyapa tubuhku. Tanganku lekas berpaut pada bingkai pintu dengan erat. Jantungku berdegup kencang.Mata ku terpaku melihat ke bawah. Jauh...dan tinggi! Seperti aku berdiri di atas menara KLCC. Bukan..bukan KLCC. Ini lebih tinggi  dari KLCC.

"A..aku..di mana?" Di muka pintu itu, pandanganku menuju ke arah bawah, kiri dan kanan. Seperti aku berada di sebuah pergunungan atau pun banjaran. Dan pandanganku termati menatap langit yang ada dua bulan. "Oh..my god!"

6/15/2012

Musibat

Mati-mati aku ingat ustaz azhar idrus tu orang arab yang pegang kunci kaabah. Laa...orang malaysia rupanya. Apahal aku tengok dia glamour betul dekat fesbuk? Aku pun tak se-glamour macam tu. Asal buka fesbuk, muka dia. Asal muka dia, aku buka fesbuk. Melayu ni memang selalu taksub dengan satu-satu hal. Rilek-rilek sudahlah.

Lagi satu, sekarang ni musim bola. Pergi mana-mana cerita bola. Bas stesen orang cerita bola. Kedai mamak, cerita bola. Dekat pejabat, cerita bola. Hinggakan seorang brader dekat stesen minyak tadi boleh sound aku, sepanyol menang 4 gol tanpa balas malam tadi. Puikk! babi apa brader tu sound aku pasal benda tu? Kenal pun tidak. Dia ingat rumah aku tiada tivi ke? Lagi satu, musibat apa brader tu sokong sepanyol bila muka dia sebijik macam Harun Salim Bachik?
 



4/06/2012

Stress

Dahi sebelah kanan aku tumbuh jerawat. Menandakan aku stress. Kalau jerawat aku tumbuh belah kiri, itu tandanya aku merindui kekasih aku. kahkahkah. Tipu gila.

Pakcik yang aku tengah projekkan rumah-nya ketika ini, siang tadi berperangai melayu yang tak akan maju sampai kiamat. Sungguh menyayat dan menyakitkan hati. Jenis tinggi sekolah punya orang tua!

2/07/2012

Penulisan

Aku terjebak dan dijebak ke dalam dunia imaginasi di mana realiti bersenggama dengan fantasi. Itulah dunia penulisan bagi aku. Untuk permulaan ini, aku masih lagi dalam proses bereksperimen. Dan akan terus bereksperimen sampai kepala aku jadi botak.

2/05/2012

Panglipurlara

"Sejak bila ko jadi panglipurlara ni?" katanya.

"Ko jangan tanya aku soalan bodoh, boleh?"jawab ku.

Aku berlalu pergi meninggalkan dia menghirup asap-asap nikotin yang aku hembuskan dengan hembusan yang padu. Dan asap-asap nikotin ku berbau strawberi.

2/01/2012

Sokan

Untok pertama kali dalam tahun ini, aku akan ber-sokan di dalam sebuah dewan. Bermain badminton. Sudah 15 tahun aku tak main sokan badminton ni.

Last aku main dulu, speed shuttle cock yang aku smash cecah kelajuan cahaya. 

1/31/2012

Hoi!!

Kau tahu tak, entah berapa bulan aku tak dapat buka akaun blog ni. Aku lupa password. Mati-mati aku ingatkan orang gila mana pergi ubah pasword aku. Sa-tibanya beberapa minit tadi, barula aku ingat pasword blog gampang ni. Bukulali rupanya. watdefak.