9/02/2012

Terjebak

lama dah aku tak menulis. cewah! ayat macam sial. kalau tak silap aku, sekarang ni masih lagi mood raya kan? So aku ucapkan selamat raya lah pada korang. bercakap pasal raya ni, menteri perdana bersama kerabat-kerabatnya datang kawasan aku hari ni. konon nak buat rumah terbuka. sambil-sambil tu merasmikan miting perwakilan cawangan-cawangan umno di daerah aku. dan aku sebagai manusia yang mencari rezeki yang kebanyakannya dari sumber kewangan kerajaan, terpaksalah turun padang .apa boleh buat, cari makan kan? hahaha. bukan aku sajalah yang turun padang, cikgu-cikgu turun padang, polis-polis, askar-askar, katua kampung bersama penduduk kampungnya, bomba, doktor, along, orang miskin dan orang tak miskin pun turun padang bersama-sama meraikan ketibaan menteri perdana wira rakyat ni.Dan menyebabkan kawasan perjumpaan jadi sesak macam dalam neraka dan panasnya pun macam dalam neraka juga.

sepanjang beberapa jam aku bangun duduk bangun duduk dekat majlis tadi, bercampur dengan orang-orang politik, satu benda yang aku dapat perati, 'pakcik-pakcik dan makcik-makcik' umno ni bangang macam lembu. dan mereka cuba membangang-lembukan juga orang-orang muda macam aku ni. diorang ingat, kami ni tiada sekolah ke? inilah masalahnya masyarakat kita (kebanyakannya orang lama) kalau cuma tahu tengok tv 3 saja. suruh buka internet, takut. suruh pakai akal, bebal pulak.

seriously, aku bukannya menyokong pakatan rakyat. aku penyokong umno. aku sokong kerajaan. tapi masalahnya sekarang ni, bagaimana aku dapat terus menyokong kalau depan mata aku pun ada banyak benda yang tidak betul?

negeri aku ni sebuah negeri yang kaya. cukup kaya dengan sumber alam. kayu balak, kelapa sawit, petroleum. tiga sumber alam ni lebih dari cukup untuk menjadikan negeri ini setaraf dengan kota dubai mahupun kota new york. tapi malang seribu kali malang, walaupun tahun masehi sudah berpijak pada angka 2012, negeri ini umumya masih lagi jauh ketinggalan dan miskin jika dibandingkan dengan mana-mana negeri di malaysia. masih ada lagi rakyatnya yang berlenggang menuju perigi bawa gelen. jalan-jalan rayanya janganlah cerita, buat sakit hati aku saja. perkhidmatan elektrik yang teruk. harga rumah yang mahal sampai ada seorang pakcik aku tu, dia hidup nomad menyewa rumah sejak aku di bangku sekolah lagi. mungkin dia akan hidup macam tu sampai dia mati. tak mampu dia nak beli rumah sebab gaji bulannya hanya 600 ringgit sebulan. tanggung anak bini, sewa rumah pun selalu tak lepas. mau dapat rumah bantuan kerajaan, dia tiada tanah sendiri. apply rumah mampu-milik kerajaan konon-kononnya, sampai sekarang tiada cerita. kena jumpa orang sana orang sini. minta sokongan sana sokongan sini. babi apa macam tu? tapi masalahnya pakcik aku tu, biar hidup macam tu, dia tetap bahagia membuang undi untuk kerajaan bila masa hari undi. hahaha. tapi aku tak heranlah kenapa dia macam tu, sebab dia sekolah pun tak habis. dia tak berapa nak nampak apa fungsinya undi dia tu dulu. yang dia tahu, pangkah. dapatlah duit poket dari si polan si polan. tapi itu dululah, sekarang ni aku tak tahu, harap dia dapat jadi bijak sikit. hahaha. dan aku melalut pasal pakcik aku ni apahal?

Apa-apa pun, sebelum aku mengundur diri, aku tinggalkan kau dengan satu berita yang betul-betul fuck. Inilah salah satu perkara  yang tidak betul pada pandangan mata aku terhadap umno a.k.a kerajaan kita yang tercinta ni. aku harap kau faham bahasa inggeris lah. kayu balak negeri ni sepatutnya hak rakyatnya. kalau siasatan ini ternyata betul, jadah apa dia pergi tibai itu hak rakyat? tidak tahukah hidup kita di dunia ini hanya sementara? tapi itu lah, cari makan kan? tapi cari makan sampai 90 juta us dollar tu setan juga lah sebenarnya. hahaha.

Tiada ulasan: