7/24/2011

Pagi

Aku bangun seawal jam tujuh pagi tadi. Ahad macam ni, kira awal lah tu. Biasanya jika ahad, aku bangun tidur jam sembilan pagi. Hari-hari selain ahad pula, seperti hari isnin, rabu, jumaat dan lain-lain hari lagi, aku bangun jam lapan-lima-puluh-lima pagi.

Celik-celik mata jam tujuh pagi tadi, aku terus menuju tandas untuk kencing. Lepas tu tinjau-tinjau meja makan ala-ala meja makan orang jepun di dapur. Ada tudung saji di atas meja. Kelihatan bayangan mangkuk besar dalam tudung saji. Ni kalau bukan nasi goreng, mesti mee goreng.

Aku buka dengan harapan yang menggunung. Lepas tu aku tutup semula tudung saji dengan harapan yang kosong. Mangkuk saja yang ada. Isi tiada. Dah di sapu oleh syaitan dan iblis barangkali. Aku minum air kosong untuk menyejukkan hati yang panas.

Kemudian aku masuk bilik semula. Capai rokok kretek import dari Indonesia. Cucuh sebatang. Asap berkepul-kepul memenuhi ruang bilik. Jam enset aku tengok menunjukkan jam tujuh-lapan-minit pagi. Tengah-tengah hisap rokok, aku dapat satu idea.

Aku padam rokok yang tak sampai separuh dihisap dan kembali ke pembaringan semula. Sambung tidur.

Dalam tidur, aku jumpa satu lembaga yang bercahaya.

"Kau ni tak pernah solat subuh ke?", kata lembaga yang bercahaya.

Aku tersengih-sengih dengan perasaan yang kucar-kacir dalam mimpi.

Tiada ulasan: