6/26/2012

Gelap

Mengharungi saat-saat kebinasaan dengan sebungkus maggie di tangan. Dan RM 25 dalam akaun simpanan. Macam manalah aku nak beraya ni nanti?

6/22/2012

Assignment

Dulu masa aku study, aku paling bengang bila masuk bab assignment. Kena cari maklumat sana-sini. Buka buku itu ini. Benda paling senang, copy paste kawan punya, ubah sikit-sikit. Macamlah lecturer tu jenis tak sekolah punya orang. Google waktu tu jarang sangat orang guna. Bukan, memang orang guna, cuma aku saja yang malas guna. Rumah sewa aku mana ada internet. Dan broadband pun seingat aku belum wujud waktu tu. Gila, zaman bat rupanya. Mau internet kena masuk cyber cafe. Dan cyber cafe yang aku kenali dulu fungsi utamanya untuk student hanyalah untuk mirc, kau tahu tak apa mirc? kalau tak tau, baik mati. Bagi aku, student yang masuk cyber cafe berMirc ni dulu adalah student yang tiada life dan looser yang amat. Bangang apa chating cari makwe dalam komputer, dekat kolej makwe berterabur tak pergi usha pulak. Eh, aku dah terlajak cerita ni. Kembali kepada assignment. Sebenarnya sekarang dah tua bangka macam ni pun aku terpaksa juga buat assignment. Assignment menulis. Banyak benda yang aku mau tulis. Kadang-kadang aku jadi macam fucked up juga dengan benda menulis ni. Dan entah macam mana aku boleh terikut-ikut perangai menulis ni. Menulis ni kerja Ramlee Awang Murshid. Bukan kerja aku. Kerja aku duduk lepak dan tengok tv saja sepatutnya. Mujurlah assignment ni jenis assignment yang aku sendiri-sendiri suka letak dateline. Tangguh-tangguh. Tangguh sampai kiamat lah jadinya.

Lagi satu aku nak cerita, tadi, baru sebentar tadi aku ternampak satu group dekat facebook. Group cipap namanya. Kahkahkah. Aku jadi kurios benda-benda macam ni. Oleh sebab group tu open, aku buka. Tangok dalam. Babi apa cipap kalau dalam group tu semua jantan? Tapi..tapi..tapi..ada satu mutual fren aku dalam group tu. Sah-sah, waktu tu jugalah aku unfren. Awkward dowh.


6/16/2012

Lintasan

Aku membuka mata. Silau. Lampu kalimantang di atas siling masih terpasang. Kipas siling berputar perlahan. Terasa seperti kaki aku dikuis-kuis sesuatu. Aku lihat, seekor kucing tengah sedap hingga tertutup-tutup mata menggesel-geselkan kepalanya di kaki aku. Celaka. Tuk! satu libasan kecil ke kepala kucing bertompok oren. Ia terjatuh ke lantai lalu menjeling ke arah aku yang masih berbaring di atas katil. Jelingannya tajam, telinganya bergoyang-goyang. Auff! Auff! Auff! kucing bertompok oren itu menyalak dengan kuat seperti anjing sebelum berlari masuk ke bawah katil. Dahiku berkerut. Fucking apa kucing berbunyi anjing? Aku bingkas melompat dari katil dan membongkok melihat ke arah bawah katil mencari kucing bertompok oren. Namun bawah katil aku kosong. Kucing bertompok oren dengan suara anjing ghaib di bawah katil. Yang ada hanya satu kotak kasut jenama converse berwarna biru.  Aku menarik nafas panjang. Barangkali itu hanyalah khayalan dalam kemamaian.

Tekakku berasa kering. Lidah rasa kurang sedap. Rasa kelat. Aku melupakan perihal kucing bertompok oren itu lalu menuju ke pintu bilik berona coklat. Memulas tombol pintu yang terasa sejuk di telapak tanganku. Pulas! Pulas! Pulas! Pintu bilik terkunci. Ganjil. Ini ganjil. Dalam keadaan baru bangun tidur selepas dikejutkan seekor kucing bersuara anjing yang tiba-tiba ghaib di bawah katil, aku masih mampu berfikir dengan logik. Orang gila mana yang pasang pintu dengan tombol pintu yang terbalik. Maksud aku, tombol pintu ini dikunci dari luar. Bukankah sepatutnya dari dalam? Pulas! Pulas! Pulas! Aku menggaru-garu dahiku memandang pintu bilik berona coklat. Memandang ke sekeliling bilik. Katil, almari, meja dan kipas siling. Semua berada dalam posisi yang sama seingat aku. Katil memang berada di situ, terhimpit ke dinding bilik bercat putih. Almari berdiri bertentangan dengan katil. Meja kecil yang menempatkan buku-buku novel tidak berubah dari posisi asal. Malah buku-buku di atasnya tetap tersusun rapi. Dan kipas siling tetap berada di siling. Mana mungkin kipas siling berada di dinding mahupun di lantai. Hanya pintu ini sahaja yang berbeza. Tombol pintunya maksud aku. Rona warna pintu ini masih serupa seperti kali terakhir aku melihatnya sebelum aku tidur semalam. Pulas! Pulas! Pulas!

Aku mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik itu setelah berfikir beberapa detik. Walaupun aku merasakan perbuatan mengetuk pintu dari dalam bilik itu adalah perbuatan yang tidak masuk akal. Sepatutnya, pintu diketuk dari luar. Tok! Tok! Tok! Aku ketuk tiga kali. Tiada jawapan. Ah! kerja bodoh. Siapa juga yang mahu menjawab ketukan pintu bilik aku ini bilamana aku sebenarnya tinggal berseorangan di apartment ini? Pulas! Pulas! Pulas! Darahku jadi mendidih. Dam! Dam! Dam! Pintu bilik itu aku hentak. Tombolnya aku pulas dan tarik entah buat kali yang keberapa. Babi!

Aku menghela nafas panjang. Cuba bertenang dan mencapai jam tangan digital yang ada di meja. Jam 1.11 am? Keningku sedikit terjungkit melihat paparan jam. Termenung seketika. Jam itu mati. Tiada detikan. 1.11 am. Semalam, paparan terakhir yang aku lihat di jam itu sebelum menuju baring di katil, 12.11 am. Tepat selang sejam, jam itu mati. Aku menuju ke arah tingkap bilik. Menyelak tabir biru yang sedikit kusam. Dan di situ mata aku terbeliak. Tiada tingkap. Hanya dinding simen yang berwarna putih. Seperti tindakan refleks, kakiku  berundur beberapa langkah dengan pantas hingga aku terjatuh ke lantai bilik marmar oren. Aku jadi hilang fikiran menatap dinding yang dilitupi tabir tingkap. Aku memejam mata erat-erat. Ini mimpi..ini mimpi..ini mimpi.. Bukan..ini bukan mimpi. Aku segera bangun dan mencapai tombol pintu bilik itu semula. Pulas! Hentak! Pulas! Hentak! Sia-sia. 
"Hoi!! Celaka! Buka pintu ni," aku menjerit sekuat hati. Tiada jawapan. Aku merapatkan telinga aku ke pintu. Sunyi, tiada bunyi yang kedengaran di luar. Tiada jalan lain, aku menerajang pintu bilik itu dengan kuat. Braam!! Tiada hasil. Aku berundur tiga langkah dari pintu. Menarik nafas dalam lalu dengan pantas melanggar daun pintu itu dengan keras. Brammm!! Pintu itu akhirnya terbuka luas. "Fu...cking shit!!' aku tiba-tiba jadi gelabah. Angin dingin laju bertiup menyapa tubuhku. Tanganku lekas berpaut pada bingkai pintu dengan erat. Jantungku berdegup kencang.Mata ku terpaku melihat ke bawah. Jauh...dan tinggi! Seperti aku berdiri di atas menara KLCC. Bukan..bukan KLCC. Ini lebih tinggi  dari KLCC.

"A..aku..di mana?" Di muka pintu itu, pandanganku menuju ke arah bawah, kiri dan kanan. Seperti aku berada di sebuah pergunungan atau pun banjaran. Dan pandanganku termati menatap langit yang ada dua bulan. "Oh..my god!"

6/15/2012

Musibat

Mati-mati aku ingat ustaz azhar idrus tu orang arab yang pegang kunci kaabah. Laa...orang malaysia rupanya. Apahal aku tengok dia glamour betul dekat fesbuk? Aku pun tak se-glamour macam tu. Asal buka fesbuk, muka dia. Asal muka dia, aku buka fesbuk. Melayu ni memang selalu taksub dengan satu-satu hal. Rilek-rilek sudahlah.

Lagi satu, sekarang ni musim bola. Pergi mana-mana cerita bola. Bas stesen orang cerita bola. Kedai mamak, cerita bola. Dekat pejabat, cerita bola. Hinggakan seorang brader dekat stesen minyak tadi boleh sound aku, sepanyol menang 4 gol tanpa balas malam tadi. Puikk! babi apa brader tu sound aku pasal benda tu? Kenal pun tidak. Dia ingat rumah aku tiada tivi ke? Lagi satu, musibat apa brader tu sokong sepanyol bila muka dia sebijik macam Harun Salim Bachik?