8/29/2011

Iftar

Petang semalam, majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan lama dari sekolah menengah dulu. Kali pertama dapat dilaksanakan sejak tamat sekolah. Tak ramai yang datang. Mulanya, ada 20 orang juga yang kata confirm. Yang muncul, tujuh.

Melihat dan berbual dengan mereka, cukup membuat aku mahu patah balik ke zaman lampau. Waktu kami semua masih bersama. Waktu songkok lekat di kepala hampir enam jam sehari.

Kawan. Kamu juga ada palit warna dalam hidup aku.

Memori yang indah. Ada tawa dan hiba.


8/25/2011

Sopan

Seriusnya, apa itu sopan? Kau kenal apa itu sopan? 

Aku kenal apa itu sopan. Sopan pada bicara. Sopan pada gaya. Paling penting, sopan pada pemikiran. Semuanya mesti dijaga. Tapi itu cuma berlaku pada dunia tiga dimensi.

Selain itu, aku lebih kepada kurang ajar rasanya. Ha ha.

Kemudian, kau tengok aku sambil kerut dahi. Kerut dahi sampai mati.

Baiklah, sebenarnya aku mahu mengajak kau ke ruang yang lebih terbuka. Ke ruang yang lebih sahabat. 
Dan biasanya, sahabat-sahabat aku semua perangai 'kurang ajar'. 'Kurang ajar' yang buat aku gelak. Buat aku gembira. Buat aku senang. Walau pada orang lain, berasa jengkel rasanya.

8/20/2011

Puasa #20

Siang dan malam aku tampaknya menjadi songsang.

Aku semakin hari semakin bosan dengan sosial maya. Bila aku semakin bosan, maka semakin mengarutlah aku. Kadang-kadang mencarut. Tapi dalam keadaan mengarut itu sebenarnya aku cuba membawa suatu persoalan. Dari persoalan itu, akan terlihatlah jawapan atau ulasan yang mengarut, jawapan atau ulasan dari si pemberi balasan atau ulasan dalam setiap karutan yang dapat aku ketahui corak pemikiran mereka itu macam mana. ha ha ha.

Aku mahu bersahur.

8/18/2011

Puasa #18

Dah masuk 18 hari aku berpuasa. Belum ada yang bocor. Boleh tahan juga aku ni berpuasa. Biasanya tahun-tahun yang sudah, aku malas nak cerita lah.

Tapi tahan tak tahan, satu saja yang aku tunggu sekarang ni.

Hari raya.

Tak sabar betul dah ni. kehkehkeh.


8/16/2011

Puasa #16

Kurang bercakap.
Banyak berfikir.
Bijak? Tidak rasanya.

Kalau bijak, dah tentu aku jadi menteri sekarang ni. Paling koman pun, akaun bank aku ada enam angka.
Bijak ditentukan dengan pangkat? Dengan wang ringgit?
Rasanya, iya.

Jadi berfikir apa ini?

Ini bukan berfikir, ini berkhayal!! Atau paling teruk, berangan-angan. Hidup dengan angan-angan. Mati pun dengan angan-angan. Orang dah ke bulan, aku masih di bumi tak pernah dapat menyentuh awan. Aku selalu berangan benda yang tak logik. Misalnya, apa aku akan buat kalau aku jadi tuhan. Satu angan-angan yang agak serius.

Oh, iya. Aku seorang yang serius. Betul-betul punya serius.

Walau selalu buat-buat lawak. Kadang-kadang lawak itu bukan lah suatu yang lawak pun. Hanya untuk menyorok rasa serius.

Dan serius aku itu, selalunya kurang bercakap.

Esok, aku nak puasa dengan lebih serius.



8/15/2011

Puasa #15

Sudah sampai separuh kita berpuasa.

Aku kurang tidur sebenarnya.

Dalam sejarah penghidupan aku yang tidak lah seberapa menarik ini, ada dua kali aku langsung tak pejam mata dalam jangka masa 48 jam. Serius.

Pertama, ketika bergaduh dengan assignment di universiti dulu. Dua hari sebelum dateline sekaligus buat presentation, pc kawan aku jadi barai. Diserang iblis. Bila aku masukkan disket assignment konon-konon nak print, disket itu pun diserang iblis. Pap!! hilang semua dokumen 150 muka surat. Otak aku jadi kejang. Disket itu aku tenung dalam-dalam. Hati jadi hiba. Back up pun tiada. Yang ada, cuma dalam pc kawan aku tu sajalah. Itu pun tak boleh buka.

Waktu aku dulu, disket masih lebih popular daripada pendrive. Pendrive waktu tu adalah satu benda yang cuma dipakai oleh orang-orang berada saja dan nampak kool bila pendrive itu tergantung kat leher. Seingat aku, tiada seorang pun classmate aku yang pakai pendrive termasuklah aku pun. Semua pakai disket. Dua hari dua malam aku buat balik, selongkar segala sampah cari cebisan kertas nota yang aku tulis. Madapaka juga waktu tu.

Kedua, waktu aku bekerja. 48 jam tak lelap sebab bos tempat aku bekerja punya pasal. Di ofis, aku mengadap dia. Malam pun aku mengadap dia. Tempat aku bekerja tu dulu jauh di pedalaman. Jadi tempat tinggal disediakan. Sebuah basecamp. Macam asramalah kiranya. Tempat tinggal memang boleh cakap power lah. Bilik tidur ada ekon, mandi pun ada heater, astro full package, makan tinggal menyuap saja dalam mulut ada tukang masak dan tukang basuh pinggan, basuh baju pun orang yang basuh. Peh...heaven bukan? Satu saja yang jadi macam hell. Bos pun tinggal sekali dalam basecamp. Dan lagi buat hell, bos aku tu kaki minum. Kaki bir. Kaki arak. Malam dia minum, aku dan rakan sejawatan terpaksa layan dia bercerita sampai pagi. Bila dah pagi, kami terpaksa turun kerja, dia masuk tidur. Babi!. Jam 5 petang, batang hidung dia baru muncul datang ofis. Tiga bulan aku kerja, aku blah.

Okey, itu sajalah aku nak cerita dengan kau. Entah apa kaitan dengan puasa, aku tak tahu daaaa.

8/13/2011

Puasa #13

Hujan.

Aku tetap bangun dengan sendiri untuk bersahur. Tanpa di suruh mahu pun di paksa.
Sebab aku sudah terbiasa.

Hari ini hari yang baru. Tinggalkan semalam, yang lama.

Hujan masih belum reda.

8/11/2011

Puasa #11

Selagi kau tahu untuk bersyukur.
Dan berterima kasih.

Kau masih kira okey untuk jadi manusia.

Cuma, harap-harap aku tak sengkek menjelang raya nanti.

Heh!

Puasa #10

Aku duduk depan tv. Tangan tekan-tekan remote tv. Cenel itu cenel ini. Semua cenel cerita yahudi.

Cium dahi.
Cium mulut.
Cium leher.

tuuuuuutttttt...........

Di atas katil. Lelaki hisap rokok. Perempuan dalam selimut.

Puasa aku jadi barai.


8/07/2011

Puasa #6

Aku buka mata, mentari sudah menyimbah. Aku terlepas bersahur siang tadi. Akhirnya aku tidur satu hari.
Bila terlajak tidur sampai tak bersahur ni boleh buat hati rasa down untuk sehari. Kadang-kadang rasa nak berbuka puasa tu pun ada.

Tapi rasa down tiada pula bila aku tak bersubuh.

Pincang jiwa aku.

8/04/2011

Puasa #3

Hari ini pertama kali aku pergi bazaar ramadhan untuk puasa tahun ini. Dua bazaar aku pergi. Bazaar pertama, aku tengok dari jauh saja. Dua tiga kali juga aku pusing cari parkir kosong, tapi setelah melihatkan ada yang sampai bertumbuk sebab rebut parkir, aku blah menuju ke bazaar yang ke-dua.

Sampai bazaar ke-dua, aku tengok keadaannya agak tenang dari bazaar pertama. Parkir pun macam tiba-tiba saja disediakan untuk aku depan mata. Lepas aku parkir kereta sesedap rasa, aku keluar dari kereta. Peh! panas terik membahang gila. Aku tengok dalam kereta, ada payung. Tapi aku padamkan niat untuk melakukan tindakan yang mungkin akan membuatkan masyarakat sekitar memandang aku dengan muka yang tak senonoh. Aku gagahi juga berjalan di bawah terik mentari.

Sampai dalam bazaar, macam-macam jenis juadah dan bermacam jenis bangsa manusia juga aku perati. Tiga kali aku tawaf di bazaar tu, aku berhasil membawa dua bungkus roti john dan sekeping top up maxis RM10.

Aku pun balik rumah dengan hati yang puas.

8/02/2011

Puasa #2

2003. Hari ke-dua ramadhan, Tengah hari.

Aku dan seorang kawan nama Sawi sedang melangkah longlai dari ladang dalam kampus menuju ke rumah sewa untuk rehat tengahari. Mentari tengah membahang di atas sana sampai menyejat segala jenis air di permukaan bumi. Memantul bahang panas di jalan tar. Buat air liur pun turut sama tersejat. Kering di tekak, bukan kepalang keringnya.

Lalu kawasan kedai-kedai, tengok cina-cina tengah sedap melantak makan tengah hari di dalam kedai makan cina. Aku tengok muka kawan aku betul-betul menagih simpati waktu tu.

Sampai hujung barisan kedai ada sebuah kedai runcit cina. Kaki aku dan Sawi otomatik termati langkah.

"Amacam? Kau ada?" Sawi tanya aku.

Aku angguk kepala sambil toleh kiri dan kanan. Tangan seluk dompet.

****

Tiba di rumah.

Klekk!!..presssss...buih-buih gas bikarbonat memercik-mercik di lantai. Asap berkepul-kepul di ruang tamu siap ada bentuk O.

Jam dua petang, dua pemuda kembali ke ladang dengan langkahan yang girang.

8/01/2011

Puasa #1

Hari pertama aku berpuasa tahun ini dipenuhi dengan aktiviti tidur sampai tengah hari. Lagi setengah hari, aku melibatkan diri dalam satu permainan yang memerlukan akal fikiran bekerja dengan sebaik mungkin iaitu permainan fesbuk.

Aku harap aktiviti hari pertama ini tidak akan berterusan sampai hari terakhir kita berpuasa.